Isnin, 29 Mei 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah & Sambutan Ambang Ramadhan

Pada 26 Mei yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Aminurrashid SMK Bukit Kuching Tengah, Jeram. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru serta Staf Sokongan dan Lembaga Pengawas Sekolah. 

Selain menghargai jasa para guru SMKBKT, majlis juga diselitkan dengan beberapa aktiviti yang mengingatkan seluruh warga sekolah kepada persiapan diri dalam menyambut Ramadhan yang akan tiba seperti ceramah ambang Ramadhan dan selawat. 


Para guru diarak menuju ke Dataran Aminurrashid

Wajah-wajah ceria para guru. 
Ceramah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Saripudin bin Boiran. 
Acara memotong kek yang diketuai oleh Pn Salina, Pen Kanan Pentadbiran SMKBKT. 

Para guru sedang menyanyikan lagu Guru Malaysia

Persembahan pelajar


Antara permainan yang dijalankan semasa majlis berlangsung.







Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik dan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan