Isnin, 29 Mei 2017

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Selangor

SMKBKT terpilih sebagai tuan rumah bagi pertandingan kawad kaki Daerah Kuala Selangor kategori lelaki bagi tahun 2017. Pertandingan ini diadakan pada hari Selasa, 23 Mei 2017 di Dataran Aminurrashid, SMKBKT.  Pertandingan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu SMK, Badan Bukan Kerajaan dan Badan Kerajaan.





Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah & Sambutan Ambang Ramadhan

Pada 26 Mei yang lalu, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Aminurrashid SMK Bukit Kuching Tengah, Jeram. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru serta Staf Sokongan dan Lembaga Pengawas Sekolah. 

Selain menghargai jasa para guru SMKBKT, majlis juga diselitkan dengan beberapa aktiviti yang mengingatkan seluruh warga sekolah kepada persiapan diri dalam menyambut Ramadhan yang akan tiba seperti ceramah ambang Ramadhan dan selawat. 


Para guru diarak menuju ke Dataran Aminurrashid

Wajah-wajah ceria para guru. 
Ceramah Ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Saripudin bin Boiran. 
Acara memotong kek yang diketuai oleh Pn Salina, Pen Kanan Pentadbiran SMKBKT. 

Para guru sedang menyanyikan lagu Guru Malaysia

Persembahan pelajar


Antara permainan yang dijalankan semasa majlis berlangsung.







Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik dan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. 




Selasa, 16 Mei 2017

16 Mei 2017 : Selamat Hari Guru

Perhimpunan khas:
7.30 pagi  : 
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Doa (oleh Ustaz Razak bin Arbain)
  • Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (oleh En. Mahadi bin Sevi Hati)
  • Perutusan Menteri Pendidikan (oleh Ustaz Raja Faisal bin Raja Maidin)
  • Program Guru Penyayang 








Jumaat, 12 Mei 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Destinasi : Planetarium Negara dan Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC
Tarikh      : 5 Mei 2017 (Jumaat)



Mendaki tangga Planetarium



Menerokai ilmu

Rasai pengalaman tanpa graviti

Kapsul Soyuz

Bersama Neil Amstrong

Mencerap bintang




Tunjukkan bukti anda membeli buku

Perjalanan pulang (wefie dalam bas)

Terima kasih kepada En Azmi bin Mohd Sabar (Penolong PPD Kuala Selangor Bahasa) kerana ikut serta lawatan dan menyumbangkan 2 set kamus kepada Unit PSS