Ahad, 21 Januari 2018

MAJLIS TAKLIMAT & MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DENGAN INDUSTRI.

PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)

Tarikh : 19 Januari 2018
Hari : Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Bilik Tayangan, SMKBKT

Alhamdulillah, majlis taklimat dan menandatangani memorandum persefahaman dengan industri-industri yang terlibat dalam pelaksanaan PIMA di SMK Bukit Kuching Tengah telah berjalan dengan lancar pada hari Jumaat yang lepas. Lebih kurang 40 orang pelajar SMK Bukit Kuching Tengah yang terlibat dan sebanyak kira-kira 14 industri yang terlibat; terdiri daripada penternakan, mekanik, komputer, kejuruteraan, spa dan salon kecantikan. 

Insha-Allah, PIMA ini akan berlangsung mulai Feb. Semoga para pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. 


Sesi menandatangani memorandum.




Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar yang terlibat!


Sabtu, 20 Januari 2018

JOM GOTONG-ROYONG

Pada 13 Januari 2018 yang lepas, SMK Bukit Kuchig Tengah telah menganjurkan program gotong-royong dalam kalangan guru-guru dan beberapa orang pengawas. Program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan persekitaran sekolah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid. 


Tugasan guru lelaki di sekitar kantin dan dataran perhimpunan.

Tugasan guru perempuan di dalam surau sekolah.

Aktiviti menceriakan pantri bilik guru. 

Penambahbaikan ruang Laluan Sarjana.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 


Sekolah kita, tanggungjawab kita. 



KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 12 Januari 2018 yang lepas, SMK Bukit Kuching Tengah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-5. Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya walaupun dalam  cuaca yang agak mendung. Para pelajar masing-masing menunjukkan semangat kesukanan yang jitu. Para guru juga tidak ketinggalan bekerjasama dalam memastikan keselamatan pelajar sepanjang aktiviti ini berlangsung. 

Jalan yang dipilih bagi kejohanan kali ini masih sama seperti tahun lepas, iaitu jalan-jalan di sekitar Kampung Bukit Kuching. Bagi kategori L1, jarak perjalanan adalah sejauh 8 km, manakala bagi kategori L2, jaraknya adalah sejauh 6km. Bagi kategori P1 & P2 pula, jarak perjalanan adalah sejauh 6km.



Aktiviti senamrobik sebelum memulakan aktiviti larian dikendalikan oleh barisan pelajar. 
 


Pelepasan para peserta kategori L1 & L2.






Terima kasih pasukan PBSM SMKBKT yang membantu pelajar yang cedera.






Aksi para peserta yang bersungguh-sungguh ingin menamatkan larian.


Rumah Hijau telah mendahului Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini, diikuti Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning. 

Tahniah Rumah Hijau! Kepada rumah sukan yang lain, teruskan perjuangan kalian dalam Sukan Tara dan Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. 


                             "Majulah Sukan SMKBKT!!"