“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.
Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.
Membaca Al-Ma'thurat setiap pagi di Dataran Aminurrashid (7.10 - 7.25 pagi) |
Di dalam al-Mathurat ada himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi Muhammad S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut :
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

Meneruskan amalan membaca Surah Yassin setiap pagi Jumaat |
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Majlis Tadarus Al Quran pada Khamis 22 Jun 2017 |
Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai
kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan
umatku ialah al-Quran yang mulia."
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud :
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul
Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca
al-Quran
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda
Rasulullah :
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T,
maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk
membersihkan jiwa dan menyinarnya. Rasulullah s.a.w bersabda :
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w
telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh
air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak
mengingati mati dan membaca al-Quran.