Rabu, 23 November 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2016


Pada 9 November 2016, seramai 75 orang murid bersama 8 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar anjuran PSS SMKBKT. Dua buah bas bergerak dari perkarangan sekolah pada pukul 8 pagi. Tempat pertama yang dilawati ialah Tugu Negara. Lokasi seterusnya ialah Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Bank Negara. Lokasi terakhir ialah Petrosains, KLCC. Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menambah pengetahuan baru di samping memberi pengalaman yang berguna kepada mereka. 



Taklimat daripada guru pengiring sebelum menaiki bas. 



 Destinasi pertama : Tugu Negara,Kuala Lumpur

Jejak maklumat di Tugu Negara


 Tiba di perkarangan Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Bank Negara

Antara barang pameran yang terdapat di dalam muzium.

 Teruja melihat terowong yang dipenuhi dengan wang kertas sebenar. 

Bergambar kenangan sebelum meninggalkan tempat. 


 Tiba di Petrosains pada jam 1 petang.

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang terdapat di dalam Petrosains.



 Lawatan berakhir dan tiba di perkarangan sekolah pada pukul 6.30 petang. Semoga lawatan sebegini dapat dianjurkan lagi untuk memberi peluang kepada anak-anak didik SMKBKT untuk menyertainya.










Selasa, 11 Oktober 2016

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (UJIAN BERTULIS)

Seramai 229 calon Ujian Bertulis PT3 menduduki peperiksaan tersebut yang berlangsung pada 10, 11 dan 12 Oktober 2016. Semoga semua calon dapat memberi jawapan yang terbaik dan beroleh keputusan yang membanggakan.



7.30 pagi - di Dataran Aminurrasyid











Pesanan terakhir daripada Pn Noor Baizura (SU PT3)

Rabu, 31 Ogos 2016

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah haruslah diserikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara secara tidak langsung dapat diserapkan dalam diri guru dan murid-murid melalui program-program seumpama ini.

Jom kita intai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di PSS SMKBKT sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.




Kerja-kerja memasang Jalur Gemilang





Pameran Sejarah Malaysia di luar PSS.




SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-59!
#sehatisejiwa


Selasa, 16 Ogos 2016

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT SAINS DAN MATEMATIK

Tarikh   : 16 Ogos 2016
Masa     : 2.30 - 5.00 petang
Tempat  : Bilik Tayangan PSS SMKBKT
Penceramah  : Puan Norezati Binti Arshad
Peserta   : 10 orang guru Matematik
Matlamat bengkel adalah untuk mendedahkan semua guru Matematik mengenai pelaksanaan KSSM tidak lama lagi.






Sabtu, 13 Ogos 2016

TEKNIK MENJAWAB KIMIA

Tarikh    : 13 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa      : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Sasaran  : 70 pelajar SMKBKT dan SMK JERAM
Tempat  : Bilik Tayangan PSS SMKBKT










Semoga bermenafaat.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Bulan Matematik

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung di PSS sempena Bulan Matematik sepanjang bulan Julai. Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SMKBKT. 



Tangram
Math Challenge

Final Bijak Sifir
Pameran Wang


Pameran Wang


Explorace



"Mathematics is not about numbers, equations, computations, or algorithms : it is about UNDERSTANDING."
                                                                                                   - William Paul Thurston-

Rabu, 29 Jun 2016

Salam Ramadhan dan Salam Lebaran

Ramadhan semakin meninggalkan kita,
Syawal akan menjelma sebagai tanda kemenangan.

Warga PSS SMK Bukit Kuching Tengah mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua warga sekolah

Semoga Ramadhan yang berlalu pergi kali ini meninggalkan banyak erti buat kita
&
Semoga Syawal yang akan menjelma nanti memberi kebahagian buat kita semua.

Sabtu, 19 Mac 2016

PSS mula beroperasi

Setelah sebulan diberi masa kepada unit PSS untuk mengemaskini dan menaik taraf ruang PSS, pada bulan Februari PSS telah dibuka kepada semua warga sekolah. Walaupun masih banyak kekurangan dan proses kerja untuk menceriakan PSS, warga SMKBKT telah mula menggunakan PSS.
Buku yang ada masih tidak mencukupi berbanding dengan jumlah warga sekolah, tetapi aktiviti sirkulasi tetap dijalankan demi menggapai hasrat unit PSS untuk melahirkan warga SMKBKT yang cintakan ilmu pengetahuan.

Diharap unit PSS akan terus maju untuk terus menaik taraf PSS SMK Bukit Kuching Tengah agar dapat digunakan oleh warga sekolah semaksimum mungkin.



Majlis Persaraan Ustazah Mariah

Pada 14 Januari, ruang perpustakaan PSS telah dipilih sebagai tempat untuk diadakan majlis jamuan makan sempena persaraan Ustazah Mariah Mohd Sharie. Beliau telah berkhidmat di SMKBKT mulai tahun 2013. Beliau merupakan seorang guru yang sangat disenangi oleh rakan setugas juga murid-muridnya. Suara beliau yang lembut penuh sabar memberi nasihat dalam usaha mendidik anak-anak SMK Bukit Kuching Tengah. Kami berdoa agar Ustazah Mariah terus dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan sepanjang usia beliau.
Kelab Guru dan Staf Sokongan (KGSS) banyak membantu unit PSS dalam usaha menyediakan ruang yang selesa bagi majlis tersebut.

Selamat Bersara diucapkan kepada Ustazah Mariah.













Proses Mendaftar Buku

Sepanjang bulan Januari, PSS ditutup bukan sahaja untuk penambahbaikan infrastruktur dan ruang dalam PSS malah juga bertujuan untuk memberi masa kepada guru PSS dan pengawas PSS mendaftar buku ke dalam sistem Tarantula memandangkan sebelum ini proses mendaftar buku dilakukan secara manual. Proses ini masih berjalan sehingga sekarang oleh guru PSS dengan bantuan beberapa orang murid.