Sabtu, 15 April 2017

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke-3  dilaksanakan dengan meriah pada 14 April 2017 (Jumaat) 2.30 petang di Dewan Aminuddin Baki. Majlis ini diadakan dengan tujuan meraikan pelajar-pelajar yang beroleh kecemerlangan akademik bagi tahun 2016. Seramai 120 pelajar diraikan pada majlis tersebut. Semoga penghargaan yang diberi dapat terus meningkatkan lagi usaha pelajar untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan.









Jumaat, 17 Mac 2017

Keputusan SPM 2016

Tahniah kepada kumpulan pelajar SPM 2016 yang melonjakkan kedudukan sekolah. Semoga ia menjadi penanda aras kepada adik-adik SMKBKT.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, tidak lupa kepada para ibu bapa, guru, PIBG, kakitangan sokongan, pekerja kantin, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan tukang kebun yang berbudi kepada anak-anak SMKBKT. 









5 Ibnu Sina bergambar kenangan di PSS

5 AF singgah sebentar di PSS


Sempat membeli novel lelong di PSS

Isnin, 13 Mac 2017

Pelancaran Program HaN1S dan NILAM





 Pelancaran Program Hari NILAM 1 SELANGOR (HaN1S) dan Program NILAM 
peringkat sekolah berjalan dengan lancar dan meriah pagi ini 
(13/3/2017-Isnin)



Lelong buku pelajaran dan novel di PSS mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis Persaraan Tuan Pengetua Mej(b)Mohd Remli bin Zubri



7 Mac 2017
Majlis Persaraan Tuan Pengetua SMKBKT yang pertama. 
Mej(b)Mohd Remli bin Zubri(1/12/2012 - 7/3/2017).

Selamat Bersara Tuan.
Jasamu dikenang selamanya.


Ahad, 5 Mac 2017

Majlis Persaraan Pn Hjh Noorma binti Ahmad

Guru Penolong Kanan SMK Bukit Kuching Tengah 
(1 Disember 2015 sehingga 28 Februari 2017)

Selamat Bersara Puan.


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah tiada siapa yang tahu

Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

As One Chapter Ends
Another Begins For You
Enjoy All The Things
You've Been Looking Forward To   

Kami ucapkan selamat maju jaya Pn Hjh Noorma bt Ahmad. 
Semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada puan, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan.

Sabtu, 14 Januari 2017

TAMAN HERBA PSS SMKBKT





TAMAN HERBA SMKBKT mula dibina pada 5 November 2016 dan siap pada 14 Januari 2017.




Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa. Landskap didefinisikan sebagai apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.

Selain itu, landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah. Landskap juga merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapat di muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.


Ketika kecenderungan orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama kegunaan harian. Produk tersebut mungkin ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan berasaskan herba yang kini semakin popular. Menjalankan penyelidikan mengenai khasiat herba tidak sahaja membantu mempromosikan tumbuhan tersebut secara langsung tetapi masyarakat juga kini mula menghargai bukti saintifik dan khasiatnya.


Ada pelbagai jenis landskap tanaman herba yang di tanam sekitar rumah atau bangunan. Tanaman herba berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat. Terdapat beragai-agai jenis herba, antaranya herba hiasan, herba berkhasiat dan herba beracun.


Pembinaan Landskap bagi tanaman herba adalah sangat penting kepada halaman samada halaman rumah atau sekolah kerana tanaman tersebut bukan sahaja mencantikkan kawasan tetapi ia juga untuk dijadikan ubat-ubatan, selain produk untuk kesihatan dan kecantikan.

Rabu, 23 November 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2016


Pada 9 November 2016, seramai 75 orang murid bersama 8 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar anjuran PSS SMKBKT. Dua buah bas bergerak dari perkarangan sekolah pada pukul 8 pagi. Tempat pertama yang dilawati ialah Tugu Negara. Lokasi seterusnya ialah Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Bank Negara. Lokasi terakhir ialah Petrosains, KLCC. Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menambah pengetahuan baru di samping memberi pengalaman yang berguna kepada mereka. 



Taklimat daripada guru pengiring sebelum menaiki bas. 



 Destinasi pertama : Tugu Negara,Kuala Lumpur

Jejak maklumat di Tugu Negara


 Tiba di perkarangan Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Bank Negara

Antara barang pameran yang terdapat di dalam muzium.

 Teruja melihat terowong yang dipenuhi dengan wang kertas sebenar. 

Bergambar kenangan sebelum meninggalkan tempat. 


 Tiba di Petrosains pada jam 1 petang.

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang terdapat di dalam Petrosains.



 Lawatan berakhir dan tiba di perkarangan sekolah pada pukul 6.30 petang. Semoga lawatan sebegini dapat dianjurkan lagi untuk memberi peluang kepada anak-anak didik SMKBKT untuk menyertainya.